Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru


Selamat Hari Guru kami ucapkan (ank2 Gayong Cwgn Kangar). Terima Kasih kami ucapkan pada semua jurulatih2 Gayong yg selama ini telah banyak menyumbangkan tenaga & masa bagi melahirkan ank2 Gayong yg terbaik. Ucapan ini juga ditujukan KHAS buat Gurulatih PSSGM N.KEDAH iaitu Ayahanda Ishak Taib & tidak lupa juga Jurulatih KEBANGGAAN kami iaitu Ust.Uwais Al-Qarnie serta semua yg terlibat.
Terima Kasih sekali lagi kami ucapkan.
Dan Kami berdoa semoga dipnjangkan umur , dimurahkan rezeki , & hensem2 selalu...
hihiihihi....
Sekian....

Friday, March 25, 2011

Lagu Rasmi PSSGM

Kenangan Mengusik Jiwa...

 Time nie Kitorang jalan2 lam utan....peerrghhh best....
 Persiapan untuk aktiviti pementasan kerja khas yg telah diberi oleh para juri....
 Chef yg bertanggungjawab akan makanan2 pd setiap hari....hahaha....best giler makanan dye....
tp...last day memang trbaik masakan dye...pergghh brtmbah nasi...
 Jum swiming.....haha tgh siap2 nk g swiming nie....x sabo giler....
 Kem nie p0n seram jgak....mklum lew dlm hutan....4 hr 3 mlm....
tp....bnda blakang tuh ntah btoi ke idak.....jgn prcya sgt....tahyol sme nie...
tp klu btoi bnde tuh...bior kan ajew...hihi
 Master Fikrie tulis wasiat dye pd  kirorang balik dr kem tuh........ (mndalam) hihi :)
 haaaa.....yg ini best....Rempuh Halangan , xleh lupe r kes nie....memang best
seme brsmngt nk brsaing antara kmpulan......last2 group aku dpt no 3....cehhh
tp...apa2 p0n best r !!!
 Ini Tok Penghulu Kami mse kt KEM  tuh.....trbaik laaa dye....brtnggungjwab peergghh...
wa tabik lu....nmpk cool ajew kan muke nye....mmmm.... :)
 Aktiviti mnyiapkan tugasan para juri.....mcm2 pndpt ade....
ehh....k-rul ape heii jdi ultraman tuh....haahahahhaa
 Dlu nye gengster....skg udah jdi Sheikh Fahmi Al-Tauhid....(sbb de cekap dlm ilmu tauhid) hihi
ansem x dye?? tp crmin mte tuh laa....pening skit....keris ke atau ape....
melengkung ajew batang spekk tuh...hihi
hahahaa....kene denda sbb kalah...
haaa....yg bju putih belah kiri tuh.....tukang kasi denda...hahahahaa


Kem Jati diri nie memang best.....rindu giler kem nie......
kejab ngis....kejab happy....kejab seram....
huh...memang best laa...
dduk 4 hr 3 mlm kt kem nie....ase cm dduk 1 hr ajew...
peerrrggghhh....









Thursday, March 17, 2011

Anak Saudara Abg jiji

Nama : Adam Syahmi B. Suhaizan
Dilahirkan pada tarikh 13/3/2011. Hospital Tuanku Fauziah Kangar Perlis...
Generasi pertama dalam keluarga En.Anuar (bapa , abg jiji)
hahahaa.....bangge giler abg jiji dpt ank saudara.... :)

Sunday, January 23, 2011

PANTUN SENI CINDAI

Seni Cindai pusaka purba,
Sudah diukur baru dipakai,
Jika anggota cacat dan cedera,
Tidak boleh tuan memakai.

Seni Cindai pusaka purba,
Disandang mari dihujung bahu,
Jangan serang membabi buta,
Jerat maut sedia menunggu.

Seni cindai pusaka purba,
Disandang oleh Panglima Melayu,
Kalau engkau sedah sedia,
Aku telah sedia menunggu.

Kain Cindai dari Sulawesi,
Dibawa oleh Puteri Meliwa,
Hikmat Gayung sangat sakti,
Siapa menyerang menjadi mangsa.

Panglima Meruku hulubalang Bugis,
Dato'Hang Tuah pernah bersua,
Inilah satu pusaka Bugis,
Peganglah AMANAH sumpah setia.

Thursday, January 20, 2011

7 Kelebihan Sabar

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud : “dan sesiapa yang bersabar, maka Allah akan menjadikan dirinya penyabar, dan tiada pemberian yang (Allah) berikan kepada seseorang yang lebih baik dan lebih luas (manfaatnya) daripada kesabaran.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Pengajaran :

1. Sabar adalah sifat mulia (mahmudah) yang mesti dimiliki oleh setiap umat Islam.
2. Untuk memiliki sifat sabar, perlulah ada latihan yang berterusan.
3. Orang yang berusaha melatih dirinya bersabar dan terus bersabar adalah orang dikasihi serta dekat dengan Allah s.w t. Allah memandangnya dengan pandangan rahmat.
4. Orang yang banyak bersabar dalam membentuk dirinya untuk menjadi seorang penyabar (as-Sobirun), tidak akan disia-siakan Allah. Akhirnya, ia akan ditulis di sisi Allah sebagai hamba yang penyabar.
5. Apabila seseorang memiliki sifat sabar, maka ia telah memiliki kebaikan dan keuntungan yang banyak.
6. Apabila seseorang dianugerahkan sifat sabar, maka ketahuilah bahawa Allah taala mahu memberikan kepadanya manfaat yang besar lagi luas, berpanjangan dari dunia sampai akhirat.
7. Antara keutamaan sifat sabar ialah:
a. masuk syurga tanpa hisab (perhitungan)
b. diampunkan dosa-dosa yang lalu
c. memilliki iman yang sejati.

Monday, January 10, 2011

Keris Lambang Kekuatan Orang Melayu

Keris ialah sejenis senjata pendek kebangsaan Melayu yang digunakan sejak melebihi 600 tahun dahulu. Senjata ini memang unik di dunia Melayu dan boleh didapati di kawasan berpenduduk Melayu seperti Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand Selatan, Filipina Selatan(Mindanao), dan Brunei.
Nama yang digunakan untuk keris berbeza mengikut daerah misalnya sundang di Mindanao, kedutan di Bali, kujang di Jawa Barat, dan kareh di Sumatera. Perkataan keris dikatakan berasal dari bahasa Jawa Kuno iaitu malang kerik yang bermaksud bercekak pinggang. Ini merujuk kepada figura orang bercekak pinggang pada hulu keris pada peringkat awal.[1]
Keris digunakan untuk mempertahankan diri (misalnya sewaktu bersilat) dan sebagai alat kebesaran diraja. Senjata ini juga merupakan lambang kedaulatan orang Melayu. Keris yang paling masyhur ialah keris Taming Sari yang merupakan senjata Hang Tuah, seorang pahlawan Melayu yang terkenal.
Keris berasal dari Kepulauan Jawa dan keris purba telah digunakan antara abad ke-9 dan abad ke-14. Senjata ini terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu mata, hulu dan sarung. Keris sering dikaitkan dengan kuasa mistik oleh orang Melayu pada zaman dahulu. Antara lain, terdapat kepercayaan bahawa keris mempunyai semangatnya yang tersendiri.
Keris menurut amalan Melayu tradisional perlu dijaga dengan cara diperasapkan pada masa-masa tertentu, malam Jumaat misalnya. Ada juga amalan mengasamlimaukan keris sebagai cara untuk menjaga logam keris dan juga untuk menambah bisanya.